Hari Kedua – Pantai Timur


Hari ini 30 Mei 2016 iaitu hari Isnin. Pagi lagi telah bangun. Pukul 7.30 pagi kami keluar dati Halmi Homstay untuk sarapan pagi. Kali ini tak tau nak pergi mana. Jadi pusing-pusing lah kami ke Lapangan Terbang. Nak cari warong atau kedai makan. Tapi nampaknya kedai makan yang ada di sekitarnya dipenuhi ramai orang. Mungkin ada yang menunggu saudara mara yang akan tiba untuk penerbangan kali ini. Ada juga yang menghantar sahabat handai intuk penerbangan pagi ini.

DSC_0106

Kami batalkan hasrat untuk makan di sini. Jadi kami teruskan perjalanan ke Bat Rakit. Kali ni terjumpa kedai makan yang dapat memenihi cita rasa kami. Sebiah kedai makan yang menyajikan pelbagai makanan tempatan termasuk nasi dagang, nasi minyak, nasi berlauk, mee dan juga mee hoon. Juga nasi kerabu ada dijual di warong ni. Jadi kami memilih untuk bersarapan di sini dengan menempah makanan tempatan. Boleh tahan selera Terengganu kali ini. Jika anda nak mencubanya, datanglah ke sini. Anda boleh mencuba masakan tempatan Terengganu.

DSC_0135

Kira-kira pukul 9.00 pagi kami balik semula ke Halmi Homestay. Kali ni kami melalui jalan Maras menuju ke laluan Tok Jemnal. Sempat mengambil gambar di kawasan sekitarnya seperti UNIZA, Universiti Malaysia Terengganu dan juga Lapangan Terbang Seberang Takir. Kami juga melalui Pantai Teluk Ketapang Terenggu da melihat keindahan alam. Sungguh menakjubkan. Sungguh berseri.

DSC_0127

Setelah berehat, pukul 11.00 pagi kami ke Kedai Pasar Payang, Kiala Terengganu. Kami perlu melalui Jambatan Pulau Duyung Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa 30 minit dari Homestay tempat kami menginap. Dulu joka melslu jambatan ini,kena bayar tol sebanyak 50 sen. Tapi sekarang semua tol dikecualikan. Ini sebagai memenuhi janji jika kerajaan PAS memerintah Trengganu. Sekarang walau pun PAS sudah tidak memerintah, pengecualian tol Jambatan melalui Pulau Duyung tetap diteruskan. Jadi kalau anda menggunakan jambatan ni, bererti tiads sebarang bayaran. Alhamdulillah.

Kami berada di Kedai Pasar Payang mulai pukul 11.30 pagi hingga 1.40 tgh. Ke mana kami di sini? Tak lain tak bukan ke kedai jualan batik.Macam-macam fesyen yang ada di Pasar Kedai Payang ni. Banyak juga pelaburan kami di kedai Pasar Payang ni.Lebih 0.6 K kami membuat pelaburan di sini.

20160530_112606

Kemudian kami ke Pantau Batu Buruk untuk menikmati pemandangan yang indah di sini. Kami makan tengahari di sini.

20160530_114722

Pukul 2.00 ptg kami ke Batu Enam. Kali ini kami melalui laluan Durian Burung, kemudian terus ke Manir. Seterusnya kami singgah di Pekan Batu Enam. Pekan ini juga telah berubah wajah. Jauh berbeza semasa di era tahun 1990an. Banyak perubahan telah berlaku terutama Pasar Batu Enam. Suasana baru dan penampilan gerai buahan yang baru.Berhenti membeli oleh-oleh untuk dibawake Halmi Homestay.

20160530_143318

Kami meneruskan perjalanan balik ke Homestay Halmi.Oleh kerana kepenatan, kami berehat sebentar dari pukul 3.30 hingha 4.30 petang. Kami merehatkan diri.Terkenang kembali ketika kami melalui Kompleks Sukan (Stadium) Lapangan Terbang Sultan Ismail Kuala Terengganu. Satu ketika dahulu pernah runtuh, kini telah di baikpulih sepenuhnya. Kelihatan bangunan tersergam indah.

20160530_144510

Kami sampao di Halmi Homestay  pukul 3.30 petang. Sempat merehatkan diri sehingga pukul 4.30 petang. Selepas itu kami mula menyusuri tanah yg pernah kami di mukim Kuala Nerus pada tahun 1992. Difahamkan, tanah lot berkenaan di belakang SMK Gong Badak. Kami memgambil jalan pintas dan terus menjejaki lokasi tersebut. Ternyata berhasil. Kawasannya berdekatan dengan projek perumahan yang sedang dibangunkan.  Tidak dosangka satu ketika dulu, tanah ini adalah tanah yang dipenuhi hutan bakau, kini telah dipenuhi lauta perumahan.

20160530_181909Pukul 5.00 petang kami meneruskan  perjalanan ke Pantai Merang, Terengganu.Laluan ke Batu Rakit dan singgah sebentar membeli keropok lekor. Ramai pelancung berhenti dan membeli ole-ole di sini. Pelbagai jenis keropok lekor. Ada yang kecil, ada yang sederhana da tak kurang yang kecil. Terpulang kepada pembeli untuk memenuhi selera masing-masing.

20160530_182611Kami teruskan perjalanan ke pantai Merang. Kali ni kami pergi ke lokasi jeti pantai Merang. Ternyata lokasinya cukup indah sekali. Di sini juga terdapat tempat outreach bagi pelajar.Lokasi di sini menarik dan mengkagumkan.

20160530_190118Kali ini terus ke Pantai Penarik Trengganu. Pemandangan di pantai ini indah dan mengkagumkan. Nelsya kelihatan baru balik dari laut menangkap ikan. Pantai ini berdekatan Rhu Sepuluh Daerah Setiu Terengganu.

DSC_0174

Hari Pertama – Pantai Timur

Pagi ini 29 Mei 2016 bersamaan hari  Ahad adalah cerah. Kami berkemas-kemas. Perjalanan pagi ini bermula dari Bandar Batu Pahat. Kami bertekat untuk ke Kuala Terengganu pada hari ini. Sudah tentu akan mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke destnasi tersebut.

DSC_0008
Aku bersama keluarga berkemas dan menyusun atur perjalanan pagi ini. Nak ikut jalan mana ya. Samada ikut pantai timur iaitu melalui Jamaluang, Mersing, Pekan, Kuantan dan seterusnya menuju ke Cukai , Dungun dan akhirnya Kuala Terengganu. Ini  pilihan pertama perjalanan yang boleh kami ambil.

Pilihan kedua ialah melalui Yong Peng, Segamat. Muazam Shah, Kuantan, Chukai, Dungun dan seterusnya menuju ke Kuala Terengganu. Samada hendak memilih  laluan pertama atau laluan kedua. Belum aku putuskan lagi.

DSC_0026
Akhirnya kami memutuskan melalui jalan BP,Pt.Sulong, Bkt Kepung, Segamat, Muazam Shah dan terus Ke Kemasik,Dungun dan menuju Kuala Terengganu. Kami bertolak pukul 8.30 pagi . Berhenti di Muazam Shah sebentar. Kami meneruskan perjalanan dan singgah makan tengahari di Kemasik.Kami sampai di sini pukul 2.30 petang. Pekan ni dah semakin menghampiri Kertih, Terenggau. Seterusnya kami  meneruskan perjalanan ke Bandar Kuala Terengganu.

DSC_0065

Kami sampai di sini pukul 5.00 ptg. Cuaca cerah. Check di Halmi Homestay di Bukit Tok Beng. Homestay ni telah kami tempah lebih awal. Maklumat diperolehi melalui website. Homestay ni terletak di Bukit Tok Beng berhampiran Restaurant gelas besar dan juga 2km dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu.Jarak dari SMK Ibrahim Fikri ialah 0.5 km. Kadar yang ditawarkan kepada kami RM150.00/hari. Kemudahan yang ada  dalam homestay ialah TV, mesin basuh, peti ais, dapur , sofa dsbnya. Ruang tamu dan 3 bilik sudah memadai untuk kami seramai 3 orang melepaskan penat di sini.Syukur perjalanan yg ditempuhi selamat.

DSC_0068

Kami berehat sebentar. Kami tak mahu membuang masa. Apa lagilah meronda-ronda di Seberang Takir. Banyak perubahan telah berlaku setelah 20 tahun kami tinggalkan KT. Dulu aku pernah bertugas di IPGK Razali Ismail . Dulu dikenali MPKTBR(Batu Rakit).

Seterusnya kami ke jeti Seberang Takir. Esok bercadang nak naik bot ke Pasar Payang Kuala Terengganu. Maklumlah dah lama tak naik.

DSC_0078

Tepat pukul 6.35 ptg kami menyusur pula di pantai Teluk Ketapang. Suasana dah berubah. Pokok ru yg dahulunya kecil, kini tersergam indah dgn barisan restaurant bagaikan cendawan baru tumbuh.

DSC_0074

Sempat juga kami pekena sotomg , ketam, ikan, dan udang goreng tepung di salah sebuah restaurant di sini.Betul-betul pekena ni. Harga bolehlah tahan. Hampir pukul 8.30 malam barulah kami balik semula ke Halmi Homstay.

DSC_0065