Hari Ketiga – Pantai Timur

Hari ini 31Mei 2016 iaitu hari Selasa.Pagi pukul 7.30 kami mula mencari sarapan pagi. Teringat kat Simpang Air port Seberang Takir banyak restaurant dibuka yang menyediakan juadah sarapan pagi. Kebanyakanya menu tempatan. Nasi berlauk?pekadam, lalsa, nasi lemak

 Tidak ketinggalan nasi lemak juga disediakan.Menu pagi ini adalah menu Terengganu.

Tepat pukul 9.00 pagi kami check out dari Halmi Homestay Bukit Tok Beng. Kami meneruskan perjalanan ke Kota Baru sebagaimana yang dirancang. Kali ini kami menggunakan jalan pantai iaitu Gong Badak,Batu Rakit, Mersng, Penarik,Kg. Raja, Kuala Besut, Kubang Kerian dan terus menuju Kota Bahru. Sepanjang perjalanan, kelihatan pemandangan pantai yang mrnarik.

20160531_112445

Kami  melalui Kg. Raja pukul 11.30 pagi. Kami singgah di Kuala Besut dan terus ke Jeti. Hari ini tak banyak bot ke Pulau Perhentian. Tapi kalau anda nak juga, boleh buat tempahan. Ada pelbagai pakej yang boleh kita dapat. Agensi boleh didapati di Kuala Besut dengan harga yang berbeza-beza.

20160531_113203

Pukul 12.30 tgh kami meneruskan perjalanan ke Kota Bahru.Kami menggunakan laluan biasa iaitu Kuala Besut,Pasir Puteh,Kubang Kerian dan terus Kota Bahru. Sampai di KB kami mencari Homestay untuk penginapan malam ni. Apa lagi kami guna google untuk dptkan maklumat. Nampaknya tak sia-sia. Alhirnya Homestay ditemui. Kami menginap di Homestay  Cikgu Husain di Jalan Geng, Pasir Mas, Kelantan.

Dua bilik ditawarkan untuk penginapan kami dengan harga RM150.00 /hari. Harga ni setelah dibuatt tawar menawar.Akhirnya kami redha apa yang ditawarkan. Kami check in pukul 4.00 petang. Sempat kami merehatkan diri untuk buat seketika.

 Kami tak mahu membuang masa. Ibarat perpatah Melayu “Masa itu Emas”. Perjalanan diteruskan ke Rantau Panjang(RP).Tiba di sini pukul 5.40 ptg. 20160531_163657Bandar ini masih dibuka.  RP merupakan bandar bebas cukai. Pelancung yang membeli sebatang barangan bebas cukai akan melalui pemeriksaan kastam di sini. Jadi kalau anda hendak membeli belah , berpada-padalah.

Kawasan  Bazar Fatimah telah dipindahkan ke belakang. Kawasan asal sedang dibangunkan semula. Bandar ini kelihatan agak tidal bermaya.Pukul 6.00 petang pelancung semakin berkurangan.

Kami hanya melihat-lihat sahaja dan membeli barangan yang dirasakan menarik. Tujuan kami ke sini pun hanya untul mengambil gambar tempat-tempat yang menarik sahaja.

20160531_161440Sempat juga untuk melihat sendiri jeti yang digunakan oleh orang RP berulang alik ke Golok melalui Sg Golok. Tanpa pasport masuk ke Thailand. Begitulah sebaliknya. Walaupun Imegerisin ada tak sampsi 0.5 km dari lokasi ini. Seolah olah tidak bersalah. Bagi anda, jangan berani untuk menyeberang tanpa dokumen yang sah.

20160531_174658Kami juga ke Bazar Aminah di RP. Pasar ini banyak menjual barang-barang keperluan dapur dan juga buah-buahan. Tak banyak beza dengan pasar-pasar di tempat lain. Cuma yang membezakan barangkali barangan di tempat ini agak murah kerana bebas cukai. Tapi bagi pelancong, kalau tak bernasib baik kenala cukai.

Kami berada di RP sehingga pukul 7.00 ptg. Kami balik semula untuk meneruskan perjalanan ke Kota Bahru. Jalan yang kami lalui ialal RP, Pasir Mas dan ke Kota Bahru. Tempat yang dituju ialah Pasar Siti Khadijah. Ternyata walau pun telah menghampiri malam , ada gerai yang masih dibuka. Sebelah malam, ramai peniaga berniaga di sebelah luar Pasar Siti Khadijah (PSK). Pasar ini terletak bersebelahan Kota Bahru Center Trade(Parkson).

20160531_191613

Kami mencari restaurant untuk makan malam.