Hari Kelima – Pantai Timur

Hari ini 2 Jun 2016 merupakan hari kelima siri jelajah Pantai Timur selama 5D4N. Kali ini kami menginap di Aina Homestay Taman Desa Yayasan Trengganu, Jalan Lapangan Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Pagi-pagi lagi sudah cari jalan-jalan cari makan. Kami meninjau-ninjau untuk  restaurant bersarapan pagi. Kami cuba cari di lokasi berhampiran Lapangan Terbang. Ternyata tak sia-sia usaha pencarian dilakukan. Ia membuahkan hasil. Kali ni kami singgah di Kedai Makan berhampiran Telaga Daeng, Seberang Takir,Kuala Terengganu. Kedai ini menyediakan menu tempatan seperti nasi minyak gulai ayam,nasi kerabu dan juga nasi lemak. Telaga Daeng merupakan sebuah petempatan nelayan Seberang Takir kira kira 2km dari Tamsn Desa YT.

20160601_181752

Seterusnya kami pulang ke Aina Homstay untuk berkemas. Hari ini akan meneruskan perjslanan sejauh 600 km ke Batu Pahat..

Sebenarnya di Taman Desa YT ini terdapat penginapan lain. Di antaranya seperti berikut:

20160602_092703

Ivana Homestay di Taman Desa Yayasan Terengganu

20160602_092723

Mayang Suite di Taman Desa Yayasan Terengganu

20160602_092714

Julina Homestay  di Desa YT

 

Di atas adalah beberapa Homestay yang boleh anda hubungi. Tundingan harga boleh dibuat melalui pemilik Homestay masing-masing. Kesemua Homestay yang dinyataksn di atas terletak di Jalan Lapangan Terbang Sultan Ismail.

Tepat pukul 9.30 pagi kami check out. Kami teruskan perjalanan melalui kuala Terengganu, Marang, Rantau Abang, Kuala Dungun. Keadaan jalan ketika ini tidak sesibuk mana. Singgah di Marang membeli keropok lekor. Pelbagai jenis keropok seperti keropok ikan parang, keropok ikan tamban, keropok sotong dan udang. Tidal ketinggalan makanan tradisional iaitu sata Terengganu. Harga keropok dijual antara RM10.00 himgga RM16.00 sebumgkus. Kami membeli 10 bungkus sebagai ole-ole dari Terengganu.

20160602_101639

Perjalanan diteruskan ke Dungun, Terengganu. Keadaan jalan tidak sibuk

Hanya beberapa kenderaan yang berada di jalan raya. Begitu juga kenderaan berat seperti bas dan lori tidak berapa bsnyak. Jadi pergerakan kami menjadi lancar. Kami toba di Dungun pukul 11.00 pagi. 20160602_121415

Kemudian kami terus ke Kerteh. Di sini jalan agak sibuk. Jadi dari sini kami memilih Lebuh Raya Timur. Kami menggunakan Tol Kerteh untuk masuk lebuh raya berkenaan. Perjalanan sejauh 113 km lagi perlu ditempuhi. Kali ini pergerakan menjadi lebih laju. Akhirnya kami sampai pukul  1.00 tgh di Gambang.

20160602_124524

 

Kami berhenti di persompangsn Gambsng,Pahang. Kini perut dah lapar. Kami singgah di sebuah restaurant yang menawarkan menu makan tengahari. Sebahagian besar menu di restaurant ini bertemakan ikan. Pelbagai jenis masakan ikan.Ikan masak pindang,ikan goreng,ikan masak kicap dan sebagainya.

20160602_131224

 

Tepat pukul 2.00 ptg perjalanan diteruskan ke Segamat. Kami melalui Jalan Gambang-Segamat sejauh 178 km. Keadaan jalan Gambang menuju ke Muazam sedang dalam penambahbaikan. Jadi terpaksalah berhati-hati ketika memandu. Kami singgah di Muazam pukuk 3.00 petang. Kami solat di Masjid Muazam ini.Design masjid jni menarik sekali. Keadaannya sungguh selesa sekali.

 

20160602_150317

Perjalanan diteruskan dari Muazam Shah ke Segamat. Jaraknya 78 km. Sepanjang perjalanan terdapat banyak kenderaan berat yang menghslang untuk bergerak lebih laju. Terutama kenderaan lori balak yang membawa lebih muatan.

20160602_155118

 

 

 

 

 

Posted in Jalan Pantai Timur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *