Hari 3-Ke Ipoh

Hari ini 5 Jun 2016 merupakan hari ketiga aku berada di Ipoh. Aku masih menginap di Sri Malaysia. Seperti semalam,rutin aku ialah untuk bersarapan pagi. Aku ke Cafe tepat pukul 7.30 pagi. Hari ini pelanggan Hotel Sri Malaysia masih ramai. Maklumlah esok sudah mula munculnya bulan Ramadhan. Bulan yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam.

Hotel Seri Malaysia Ipoh

Hotel Seri Malaysia Ipoh

Menu pagi ini tak jauh beza dari semalam. Minuman yang disediakan ialah kopi o , teh o, jus oren dan air mineral. Sementara makanan yang disajikan ialah nasi lemak dan mee. Buah tembikai merah dan tembikai susu juga disediakan sama. Mee rebus,bubur dan roti menjadi sajian pagi ini.

Parking di Seri Malaysia Ipoh

Parking di Seri Malaysia Ipoh

Pukul 8.00 pagi aku selesai sarapan pagi. Aku balik ke bilik iatu no 112 aras bawah. Aku mula mengemas kerana nak check out segera.

Aku bertolak dari Hotel Seri Malaysia mulai pukul 9.00 pagi. Selamat tinggal Seri Malaysia, selamat tinggal Ipoh. Lain kali aku datang lagi. Kali ini aku berbelah bahagi sama ada nak ikut lebuh raya utara-selatan atau jalan biasa. Tanpa banyak lengah aku buat keputasan untuk terus gunakan jalan biasa. Jadi pemanduan kali ini melalui Simpang Pulai, Gopeng, Kampar, Tapah. Kemudian perjalanan diteruskan nenuju ke Bidor, Perak. Dalam perjalanan aku singgah di tepi jalan untuk intai-intai sipenjual buah durian. Aku berhenti di satu lokasi berdekatan Kampar. Nampak banyak buah durian Aku mengagak pastinya murah. Bila dihampiri kepada penjal buah, katanya ini buah durian tempatan. Harga sekilo RM18.00. Ternyata agakkan ku meleset. Namun begitu untuk tidak mengecewakan sipenjual buah, aku ambil sebiji dengan bayaran RM26.00. Boleh tahan juga harga durian di sini.

Jalan ke Kampar

Jalan ke Kampar

Selepas itu aki teruskan perjalanan dari Kampar menuju ke Tapah. Kemudian menghala ke Bidur. Tidak jauh dari Pekan Bidur, ditepi jalan, aku dapati banyak kereta berhenti. Aku lihat mereka mengerumuni sepenjual buah. Kali ni buah durian lagi. Aki bertanya, berapa sekilo harga durian. Katanya RM10.00. Kali ni ternyata lebih murah dari tadi. Apa lagi aku ambil 3 biji dengan bayaran RM56.00.Aku bawa sebagai ole-ole ke BP. Aku puas, ternyata kali ini harganya murah. Kebanyakan mereka yang berhenti adalah kenderaan pendaftaran W-Wilayah Persekutuan. Ada yang memenuhkan bonet dengan durian untuk di bawa balik.

Oleh kerana jalan yang aku lalui ini  bengkang bengkok dan banyak kenderaan, maka perjalanan kali ini agak kurang selesa. Aku mengambil keputusan untuk keluar ke lebuh raya Bidur. Aku  masuk tol Bidor. Tuch n Go aku gunakan bagi memudahkan keluar masuk lebhuhraya. Waktu ketika ini menunjukkan pukul 11.15 pagi. Kali ini  pemanduan menjadi lebih selesa . Aku teruskan perlajanan  melalui Sungkai, Tg. Malim, Bherang, Rawang dan mengakhiri pemanduan untuk berehat seketika di RnR Jejantas Sg. Buloh. Tepat pukul 12.30 tgh aku berhenti di sini.

Apa lagi perut dah lapar. Nampak  Gerai Satay Kajang Samuri. Pekenalah  satay kajang kat sini. Aku mengambil masa kira-kira 40 minit berada di sini.

Seterusnya aku teruskan perjalanan melalui lebuh raya menuju ke  selatan. Aku melalui Dengkil, Seremban, Pedas, Simpang Ampat. Ayer Keruh, Jasin, Tangkak dan keluar Tol Bukit Gambir. Aku berhenti di sini selama 30 minit untuk solat. Perjalanan diteruskan ke bandar Muar dan seterusnya menuju ke Batu Pahat. Ternyata kali ini aku sampai lebih awal  iaitu kira-kira pukul 5. 30 petang. Selamat lah sudah perjalanan aku dari Ipoh ke Batu Pahat.

Posted in Jalan Ke Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *