Hari Keempat – Pantai Timur

20160601_100611Hari ini 1 Jun 2016 merupakan hari ke-4 siri jelajah kami ke Pantai Timur. Homestay kami bersebelahan Petronas Jalan Pintu Geng tak jauh dari Wakaf Che Yeh. Pagi-pagi lagi kami mulakan siri jelajah dengan mencari kedai makan untuk sarapan pagi. Kami menuju ke Wakaf Che Yeh. Jalan-jalan cari makan. Ternyata tidak berhasil. Kami kurang arif dengan lokasi Wakaf Che Yeh. Akhirnya kami berpatah balik ke Jalan Pintu Geng untuk mencari kedai makan. Ternyata kali ini berhasil. Kami berhenti di sebuah kedai makan. Makan nasi gulai ayam. Tiada pilihan. Mahu tak mahu kena makam juga sebagai mengalas perut. Selepas ini kami akan ke Pangkalan Kubur. Ini merupakan perancangan awal kami

Selepas sarapan pagi, kami balik semula ke Homestay Jalan Pintu Geng. Kali ini untuk berkemas sebelum check out dari Homestay ini.

20160601_101932Dalam perjalanan ke Pangkalan Kubur, kami singgah sebentar di Nordin Batik Jalan Pintu Geng. Di sini terdapat pelbagai jenis batik yang berkualiti.Batik lelaki dan batik wanita dari pelbagai fesyen ada di jual di sini. Ternyata Nordin Batik menjual pakaian batik berkualiti.

20160601_111053Kami meninggalkan Nordin Batik pukul 11.00 pagi.Dengan bantuan waze kami memandu menuju Jambatan Kota Baru dan melalui beberapa persimpangan. Nasib baiklah dibantu waze. Apa yang menarik  dalam perjalanan ke PK kami dapat melihat Angkor  Wat dengan sebuah patung besar duduk. Ini merupakan Wat penduduk Pengkalan Kubur beragama Buddha.

20160601_120550Kami meneruskan perjalanan Kedai Bebas Cukai di Pangkalan Kubur. Kami sempat melihat-lihat barangan yang dijual di sini. Pendek kata barangan seperti pinggan manglok ada dijual di sini. Namun begitu terdapat pelbagai jenis pakaian buatan Thailand ada di sini. Begitu juga dengan toto dengan harga yang berpatutan. Tapi kami hanya window shopping aje. Mana yang berkrnan baru beli. Kami menghabiskan masa di sini kira-kira 1jam 30 minit sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat ini. Tepat pukul 12.30 tgh kami bertolak dari PK ke Kuala Terengganu.

20160601_151557Perjalanan kali ni melalui Bandar Tanah Merah, Macang, Kerteh, Permasuri xan Batu 6 dan terus ke  Aina Homestay berhadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kuala Terengganu.

20160601_155428Di pertengahan jalan kami berhenti di Jerteh. Kami solat di Masjid Jerteh. Kami berada di sini selama 40 minit. Dapat merehatkan diri seketika. Sempat merakam gambar sebagai gambar kenang-kenangan. Pukul 3.30 petang perjalanan diteruskan. Kali ini kami melalui Jalan ke Permasuri. Selepas itu jalan Felda Calok Barat dan juga melalui Kg. Gemuruh. Seterusnya kami menuju kampung Bt Enam Kuala Terengganu.

Kami sampai di Aina Homestay pukul 5.30 petang. Pemilik Homestay telah menunggu kami. Sebenarnya Homestay ni telah kami booking lebih awal melalui internet. Homestay ini berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail,Kuala Terengganu. Homestay ini mengandungi 4 bilik di mana 3 bilik di tingkat atas dan satu bilik di tingkat bawah. Kadar sewa hanyalah RM150.00 /hari. Bagi kami ini sangat berpatutan. Kami cuma bertiga sahaja. Jadi kami hanya gunakan di bahagian bawah sahaja.

Di Taman ini terdapat banyak Homestay.Anda boleh membuat pilihan yang mana berkenan di hati. Lokasi nya berdekatan Hotel Tabung Haji, Lapangan Terbang, Pusat Sukan dan juga Stadium. Harga boleh dirunding dengan pemilik Homestay.

20160601_191536Kami check in dan membayar baki sewa homestay. Dapat berehat sebentar. Sepertu perpatah Melayu “Masa itu Emas” kami menggunakan semaksima mungkin untuk melawat lokasi yang belum dijelajah. Sekali lagi kami ke Pantai Teluk Ketapang. Kali ini untuk menikmati makanan laut. Kami ke sebuah restaurant yang terletak berhadapan Teluk Ketapang. Menu makanan petang ini ialah ikan, sotong dan ketam goteng tepung. Nasi goreng ikan masin dan nasi tom yam kami tempat. Menikmati makanan sambil menghirup udara petang di tepi pantai. Sungguh nyaman.

20160601_195451Tidak ketinggalan kami ke Bukit Tok Beng ke Restaurant gelas besar. Cuba menu air mangga+air tembikai+air nenas. Saiz gelas besar. Ternyata kami sukar untuk menghabiskannya. Terdapat pelbagai saiz air iaitu saiz kecil,seserhana,besar, Pok, dan juga jug. Pilih sahaja yang nana berkenan dihati. Harga saiz besar RM4.60 manakala saiz kecil berharga RM2.00 sahaja. Air ni adalah air buah yang original. Bukit Tok Beng terkenal menjual air gelas besar.